Sunday, July 17, 2011

Maafkan orang

Assalamualaikum..

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swtmengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya danmenyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Salam Malam Nisfu Syaaban buat semua..
Sebelum tidur.. Lepas menyelesaikan segala yang patut dan termampu... Nak mengupdate blog la kejap... Zati nak cuci hati Zati yang bengkak.. Memang semalam sangat marah.. Tapi hari ni.. Biar lah.. Zati maaf kan orang yang buat Zati macam tu.. Zati maafkan semua orang.. Mungkin bukan niat dia nak buat macam tu.. Ini 1 pengajaran untuk Zati..
Mungkin dia membalas buruk dengan ape yang Zati cuba tolong dia. Tapi  Insyallah.. Allah tu maha kuasa..  

Tadi bila bercakap dengan Amir..  Zati sebut je name Mak Tiri.. Terus die cakap jangan sebut dah name dia.. Ye.. Zati pon tak nak ingat nama dia.. Dia tu mengspoil kan mood orang je.. Tapi Zati tahu.. Walau setaik mane pon orang tu bagi dekat Zati... Bile berjumpa dia.. Mesti tak sampai hati nak membalas taik juga.. Kenape ada manusia yang sanggup aniaya orang lain? Sangat tak faham..

Biar lah.. Zati tak nak sebab dia.. Zati dah tak suka pergi kerja.. Ade lagi sebulan lebih untuk Zati kerja dekat situ.. Nak kumpul semua kenangan manis dekat sane.. bukan nye kisah2 sakit hati.. 

Jika Zati ade buat salah dengan sesiapa.. Mintak maafkan Zati dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Kekadang kita tak sedar dengan apa yang kita cakap and apa yang kita buat kan?
Mintak maaf sangat2

0-0 ye kawan2..

0 comments: